Friday, September 26, 2008


Puchong - 15 September 2008 , Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 8 pada Hari Ahad 14 September 2008 di Dewan Pusat Latihan Jurubahasa (MySL TC) di Menara KLH, Puchong. Kira-kira 80 orang termasuk wakil-wakil dari Persatuan Orang Pekak Negeri yang bergabung dengan MFD serta pemerhati lainnya hadir di mesyuarat yang tersebut....
En. Mohamad Sazali Shaari menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden MFD bagi penggal 2008-2010. Timbalan Presiden MFD pula ialah En. Razani Ramli, Setiausaha Kehormat ialah Pn. Sariah Ibrahim, Bendahari Kehormat ialah En. Aqlam Jafri , Ahli Majlis 1, Chung Kim Cheong dari Presiden Persatuan Orang Pekak Penang, Ahli Majlis 2, Mohd Azhar bin Ismail dari Timbalan Presiden 1 Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur, Ahli Majlis 3, Ting Tuck Chen dari Timbalan Presiden Persatuan Orang Pekak Pahang, Ahli Majlis 4, Mohd Hasan Johar dari Presiden Persatuan Orang Pekek Melaka, Ahli Majlis akhir , Mohd Yazid Bain dari Setiausaha Persatuan Orang Pekak Johor bagi penggal 2008-2010......
Jumpa lagi 2010-2012

No comments: